Advertisement

perawan yang di jaga

Duhai adik yang suci.....

Sungguh bahagia sekiranya si gadis mampu menjaga kehormatannya dari di cemari noda lelaki. Di kala ini kita sentiasa mendengar, mahupun melihat tayangan video anak anak gadis melayu yang mudah menyerahkan mahkotanya kepada pasangan yang bukan suaminya.
Mereka berani mempertaruhkan keperawanan mereka atas dasar cinta semata.


Duhai adik gadis yang suci....

jaga lah kesucianmu dari tangan manusia yang bernama lelaki, kecuali dialah suamimu. Kerana menyerahkan kesucianmu atas dasar cinta semata, terlalu mahal risikonya. Lelaki yang mahu kesucianmu sebelum dia melamarmu, hanyalah menginginkan keseronokan semata. Tidak akan ade sifat bertanggungjawab bagi mereka. Di pujuk rayu kamu supaya menyerahkan kesucian kamu beberapa kali, sehingga mereka sudah bosan lalu mencari pula gadis suci yang baru.

Duhai adik yang suci

Begitulah lumrah lelaki yang tidak disirami dan di payungi dengan keimanan kepada ALLAH. Walaupun mereka dilihat solat, namun nafsu manusia yang lebih besar mampu mengubah manusia itu mencari hamba kepada keinginan seks semata. Kamu merasa nikmat semasa melakukan perbuata itu, tetapi kamu akan terasa satu beban hingga akhir hayat kamu..

Duhai adik yang suci...

Sekiranya kamu sudah terjerumus kedalam perzinaan, sesungguhnya tempat ALLAH itu maha luas bagi mereka yang ingin bertaubat. Ingatlah adik....nikmat kamu hanya sementara sahaja. Dan bagi lelaki yang menggunakan kamu, mereka hanya berminat semasa kamu masih segar dan puas digunakan. Selepas itu, mereka akan membuang kamu seperti sampah yang tidak lagi boleh dijual beli......

Duhai adik yang suci....

Ingatlah....kesucian itu bukan atas dara kamu semata. Sekiranya adik merasa bersalah dan ingin bertaubat, dan bersungguh dalam bertaubat...itu lah permulaaan penyucian diri semata. Ingatlah kisah seorang pelacur yang dapat masuk syurga hanya kerana taubatnya kepada ALLAH setelah kisahnya bersama seekor anjing...Itulah ALLAH. Tuhan yang maha pengampun lagi maha penyayang....sekiranya kamu sudah melakukan dosa, ingatlah akan dosa kamu dan memohon ampun kepada ALLAH. Sesunggunya ALLAH maha mendengar akan taubat hambanya....

Duhai adik yang suci....

Kalau adik rasa ape yang adik lakukan itu satu kebiasaan, maka ingatlah apabila adik mempunyai seorang anak perawan, mahukah adik melihat anak perawan adik di jamah tubuhnya oleh lelaki yang bukan suaminya. Dan dari lelaki ke satu lelaki yang lain....seperti keseronokan sementara yang adik lalui, dia juga merasainya...dan waktu itukah adik akan berkata, jangan buat! sedangkan setiap kali adik melakukan perkara itu, adik tidak pernah menegah diri degan berkata , janga buat!....

Mudahan adik dapat berfikir...dan berfikir....kita adalah manusia...hidup hanyalah untuk lebih kurang 65 tahun sahaja...selepas itu kita akan bertemu Rabbul Izzati....Ingat la adik...kami semua menyayangi kamu dan harap kamu dapat menyayangi diri kamu sendiri...

0 comments: